Memberi inspirasi buat yang tak luak fizik dan matematik
Mengingatkan pada kisah perjalanan insan teragung dalam satu malam
Melewati garis masa peradaban manusia hingga ke akhir zaman
Yang pernah menjenguk umatnya tatkala diri masih bernyawa
Di atas buraq canggih yang belum ada tandingan
Mungkin-mungkin sekilas dapat melihat diri ini
Mencetus kerinduan tak berdasar
Terhadap seorang pemimpin, muallim
Yang sentiasa memikirkan umatnya
Ummati! Ummati!
Yang kini berkualiti sekadar buih-buih di lautan
Banyak...namun tiada nilainya...
Namun kepasrahan ini tidak bernoktah begitu sahaja
Kerana masih ada sinar harapan
Kemunculan insan yang dinanti-nanti di akhir zaman
Bersama penaung umat sebelumnya
Masa terus berdetik
Sehingga ke saat persembahan bermula
Dan kita hanya menyaksikan
Segalanya seperti yang telah direncanakan